Friday, May 17, 2013

Khalid Abu Bakar,Ketua Polis Negara baru



khalid-polis

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa 17 Mei mengantikan Tan Sri Ismail Omar yang bersara.
Satu kenyataan kenyataan Pejabat Perdana Menteri petang Selasa juga mengumumkan Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin pula menggantikan tempat Khalid sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.
Khalid bin Abu Bakar, 56 tahun, dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau telah memulakan perkhidmatan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Inspektor Polis pada 5 Disember 1976. Antara jawatan-jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah seperti berikut:-
Pegawai Turus Operasi/Siasatan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Kuala Lumpur;
Ketua Jabatan Narkotik, IPK Kedah;
Pegawai Turus Risikan Dalam Negeri, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik;
Ketua Jabatan Pengurusan, IPK Pahang
Ketua Polis Daerah Kuantan;
Ketua Penolong Pengarah (Risikan/Operasi), Jabatan Siasatan Narkotik, Bukit Aman;
Ketua Polis Negeri, Negeri Sembilan;
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman;
Ketua Polis Negeri Selangor;
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman; dan
Timbalan Ketua Polis Negara.
Mohd Bakri ,59 tahun, dilahirkan di Penampang, Sabah. Beliau berkelulusan Diploma Sains Kepolisan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan telah memulakan perkhidmatan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Inspektor Polis pada 6 November 1975. Antara jawatan-jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah seperti berikut:-
Ketua Polis Daerah Kudat, Sabah;
Ketua Polis Daerah Sandakan, Sabah;
Timbalan Ketua Polis Daerah, IPD Kota Kinabalau;
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Negeri Sembilan;
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Sabah;
Ketua Polis Daerah Cheras, Kuala lumpur;
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur;
Penolong Pengarah Unit Risikan Jenayah (D4), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman;
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, IPK Sabah;
Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri Sabah;
Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman;
Pengarah Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman; dan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.14/5/2013

No comments:

Post a Comment