Friday, June 7, 2013

WHY P.B

Have you ever wonder WHY we choose PREMIUM BEAUTIFUL not just to WEAR, but to SELL it as well!!

 Premium Beautiful Corset
  • Premium Beautiful has established almost 20 years! In terms of branding kita tak perlu RISAU lagi, sebut jer Premium Beautiful semua orang tahu! Not only that if this product tak bagus, tak ada orang nak beli mesti dah lama discontinuekan the product?:D
  • The one and only corset in the world SUPERBRAND! Superbrand ni by invitational only!
  • Life time warranty, come to think of it barang yang kita beli harga 2k++ contoh Handbang, TV, Computers etc… There is no such thing as life time warranty! But PB worth every penny! Tak rugi pun keluarkan RM2000+ but the life span is lifetime!! FREE SERVICE!
  • Barang yang kita jual ni barang yang sangat2 LOGIC!  Perempuan mana tak pakai Bra? or baju dalam dan seangkatan dengannya? So Premium Beautiful is the solution for every women out there! Just educate women instead of pakai bra yang memberi manfaat apa-apa pada diri sendiri, better tukar sahaja with Premium Beautiful!
with Premium Beautiful no more 3rd and 4th breast k!
  • Suitable for ALL body types!! From Skinny to curvy, pear shape, apple, cylinder and hourglass!! Premium Beautiful custom size for the client!
the right way is to get yourself measure first baru dapat size betul!
  • FREE TESTIMONIAL!! Banyak orang share testimonial online! So what you need to do just SHARE it with other people! Senang!
  • We don’t do REPEAT SALE so sangat sesuai for those yang tak suka menjual. So tak payah nak kejar customer all the time. NO NEED to RESTOCK product as well.
  • Premum Beautiful ni satu jenis je, warna HITAM. Cuba bayangkan if too many colors and design? Sorang mintak polka dot, sorang minta pink with lace and all…. pening! Satu jenis je senang!
  • Bonus with Premium Beautiful starts from 4-5-6 figure a month! Cool!! That’s why when I first started the business I was like ok ni sama dengan gaji fresh grad engineer! So tu yang tak jadi kerja terus sampai today! hehe Work SMART!
  • Jual dah lah sekali seumur hidup, tapi peluang travel tu berulang-ulang kali…so far with Premium Beautiful I have been travel for 7-8 different countries.. and it is FREE!
  • Car fund for whole life! Berkat jualan premium beautiful dapat merasa pakai kereta mewah dan bulan-bulan tak perlu bayar! Company bayar! Cool!!
  • Sangat sesuai untuk orang yang nak cari extra income, yang tak ramai kawan, yang tiada pengalaman dalam business or marketing background, yang baru je nak bertatih dalam bidang perniagaan… so instead jump into business sendiri… baik buat Premium Beautiful! No experience required! Sambil belajar sambil buat, dapat intensive training for FREE. Tapi income yang dapat bulanan adalah BERSIH tak ada OVERHEAD nak kena minusss semua
So people what are you waiting for come let’s join OUR journey together with Premium Beautiful!!


INSTAGRAM http://instagram.com/aslam_omar/


ASLAM OMAR : 013-9591949



MAYAT DIJUMPAI DALAM RUNTUHAN

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Pulau Pinang mengesahkan satu mayat telah ditemui di tempat kejadian runtuh struktur jambatan kedua Pulau Pinang. Satu bahagian struktur itu yang masih dalam pembinaan telah runtuh kira-kira jam 7 malam tadi. Kejadian berlaku di kawasan darat di sekitar Batu Maung.Menurut Penolong Pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohamad Shoki Hamzah, pihak bomba telah menggunakan kamera khas sebelum dapat menemui mayat tersebut.
“Kita mungkin memerlukan kira-kira dua jam atau lebih untuk mengeluarkannya,” kata Mohamad Shoki. Beliau juga menafikan laporan awal yang menyatakan empat orang telah disahkan mati. Sebelum ini, sebatang konkrit seberat lebih 1,000 tan serta berukuran 30 meter telah jatuh terhempap ke tanah. Akibat runtuhan, sekurang-kurangnya sebuah kereta iaitu Perodua Kelisa telah disahkan tertimbus, namun masih tidak diketahui terdapat berapa mangsa yang terperangkap.Sebuah kren juga digunakan bagi mengangkat batang konkrit tersebut. Difahamkan dua orang yang perempuan yang memandu Perodua Myvi berjaya selamatkan dirinya. Astro AWANI telah menemubual mangsa tersebut. Difahamkan juga, kerja-kerja pembinaan juga dihentikan buat sementara namun pembinaan pada bahagian lainnya tidak terjejas. Sehingga setakat ini, punca sebenar kejadian masih tidak dapat diketahui.

“Kami lewat 3 saat”

PULAU PINANG:  Astro Awani sempat menemubual dua saksi yang nyaris menjadi mangsa runtuh tersebut G. Gajashantini dan rakannya R Thilasheni yang kebetulan dalam perjalanan dengan kereta dari Queensbay ke Sungai Nibong. Walau masih berada dalam sedikit kegusaran, mereka lebih risaukan nasib seorang penunggang motosikal yang mereka dakwa terperangkap di bawah runtuhan tersebut. Gajashantini memberitahu Astro Awani bahawa mereka ternampak sebuah motosikal ditunggang berseorangan di hadapan mereka dalam jarak kira kira tiga saat. “Tiba-tiba kami terdengar bunyi kuat dan ternampak jambatan yang sedang dibina runtuh di hadapan mata kami. Motosikal tersebut sudah tentu terperangkap di bawah runtuhan itu,” kata Gajashantini.
image
Pembinaan melibatkan kerja-kerja ke atas satu pakej Jambatan Pulau Pinang ke-2 yang masih giat dipersiapkan. Walaupun sempat berhenti, Gajashanti mengalami sedikit kecedaran pada kakinya setelah beberapa serpihan dari runtuhan itu memasuki dan mengenainya.Gajashantini yang berada di tempat duduk penumpang terkena serpihan besi yang terpelanting dalam kereta MyVi yang dipandu Thilasheni. Mereka memberitahu kereta yang mereka naiki nyaris terperangkap di bawah runtuhan tersebut andainya mereka terawal tiga saat. “Saya jangka kalau kami terawal tiga saat, sudah tentu kami akan terperangkap di bawah runtuhan itu,” kata Gajashantini yang berkerja sebagai jururawat di Island Hospital.Namun demikian, kereta yang mereka naiki mengalami kerosakkan pada pintu sebelah penumpang akibat terkena serpihan yang beterbangan. Kejadian yang berlaku pada jam 7.20 malam Khamis menyebabkan kerja-kerja pembinaan pada bahagian jambatan ini dihentikan serta-merta.
image
Sumber :Berita Awani mula diterbitkan pada: June 07, 2013 12:22 MYT

Thursday, June 6, 2013

Struktur Jambatan Pulau Pinang Kedua RUNTUH!!



BATU MAUNG:  Sebahagian dari struktur jambatan kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan telah runtuh kira-kira jam 7 malam tadi. Kejadian berlaku di kawasan darat di sekitar Batu Maung. Menurut Penolong Pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohamad Shoki Hamzah, sebatang konkrit seberat lebih 1,000 tan serta berukuran 30 meter telah jatuh terhempap ke tanah. Akibat runtuhan, sekurang-kurangnya sebuah kereta iaitu Perodua Kelisa telah disahkan tertimbus, namun masih tidak diketahui samada terdapat mangsa yang terperangkap atau tidak. Sebuah kren juga digunakan bagi mengangkat batang konkrit tersebut.
image
Menurut Shoki, pihak bomba juga dikejarkan ke lokasi sebaik sahaja kejadian itu berlakunya.Difahamkan seorang lelaki yang memandu Perodua Myvi berjaya selamatkan dirinya dan telah pergi ke Hospital Pulau Pinang untuk dirawatkan. Difahamkan juga, kerja-kerja pembinaan juga dihentikan buat sementara namun pembinaan pada bahagian lainnya tidak terjejas.Sehingga setakat ini, punca sebenar kejadian masih tidak dapat diketahui. Sementara itu, ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang berada di lokasi juga mengesahkan melalui laman Twitternya bahawa struktur sepanjang 30 meter itu telah runtuh.Menurutnya Jabatan Bomba dan Penyelamat juga telah memberitahu lebih kurang satu atau dua kereta telah remuk akibat runtuhan. Katanya lagi, pihak bomba juga sedang memulakan operasi menyelamat.
image

Wednesday, June 5, 2013

Kisah Duit Syiling dan Batu



TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.

Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu ,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita. —