Friday, June 7, 2013

MAYAT DIJUMPAI DALAM RUNTUHAN

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Pulau Pinang mengesahkan satu mayat telah ditemui di tempat kejadian runtuh struktur jambatan kedua Pulau Pinang. Satu bahagian struktur itu yang masih dalam pembinaan telah runtuh kira-kira jam 7 malam tadi. Kejadian berlaku di kawasan darat di sekitar Batu Maung.Menurut Penolong Pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohamad Shoki Hamzah, pihak bomba telah menggunakan kamera khas sebelum dapat menemui mayat tersebut.
“Kita mungkin memerlukan kira-kira dua jam atau lebih untuk mengeluarkannya,” kata Mohamad Shoki. Beliau juga menafikan laporan awal yang menyatakan empat orang telah disahkan mati. Sebelum ini, sebatang konkrit seberat lebih 1,000 tan serta berukuran 30 meter telah jatuh terhempap ke tanah. Akibat runtuhan, sekurang-kurangnya sebuah kereta iaitu Perodua Kelisa telah disahkan tertimbus, namun masih tidak diketahui terdapat berapa mangsa yang terperangkap.Sebuah kren juga digunakan bagi mengangkat batang konkrit tersebut. Difahamkan dua orang yang perempuan yang memandu Perodua Myvi berjaya selamatkan dirinya. Astro AWANI telah menemubual mangsa tersebut. Difahamkan juga, kerja-kerja pembinaan juga dihentikan buat sementara namun pembinaan pada bahagian lainnya tidak terjejas. Sehingga setakat ini, punca sebenar kejadian masih tidak dapat diketahui.

“Kami lewat 3 saat”

PULAU PINANG:  Astro Awani sempat menemubual dua saksi yang nyaris menjadi mangsa runtuh tersebut G. Gajashantini dan rakannya R Thilasheni yang kebetulan dalam perjalanan dengan kereta dari Queensbay ke Sungai Nibong. Walau masih berada dalam sedikit kegusaran, mereka lebih risaukan nasib seorang penunggang motosikal yang mereka dakwa terperangkap di bawah runtuhan tersebut. Gajashantini memberitahu Astro Awani bahawa mereka ternampak sebuah motosikal ditunggang berseorangan di hadapan mereka dalam jarak kira kira tiga saat. “Tiba-tiba kami terdengar bunyi kuat dan ternampak jambatan yang sedang dibina runtuh di hadapan mata kami. Motosikal tersebut sudah tentu terperangkap di bawah runtuhan itu,” kata Gajashantini.
image
Pembinaan melibatkan kerja-kerja ke atas satu pakej Jambatan Pulau Pinang ke-2 yang masih giat dipersiapkan. Walaupun sempat berhenti, Gajashanti mengalami sedikit kecedaran pada kakinya setelah beberapa serpihan dari runtuhan itu memasuki dan mengenainya.Gajashantini yang berada di tempat duduk penumpang terkena serpihan besi yang terpelanting dalam kereta MyVi yang dipandu Thilasheni. Mereka memberitahu kereta yang mereka naiki nyaris terperangkap di bawah runtuhan tersebut andainya mereka terawal tiga saat. “Saya jangka kalau kami terawal tiga saat, sudah tentu kami akan terperangkap di bawah runtuhan itu,” kata Gajashantini yang berkerja sebagai jururawat di Island Hospital.Namun demikian, kereta yang mereka naiki mengalami kerosakkan pada pintu sebelah penumpang akibat terkena serpihan yang beterbangan. Kejadian yang berlaku pada jam 7.20 malam Khamis menyebabkan kerja-kerja pembinaan pada bahagian jambatan ini dihentikan serta-merta.
image
Sumber :Berita Awani mula diterbitkan pada: June 07, 2013 12:22 MYT

No comments:

Post a Comment